'Syukur...Nur Farisah sudah pulang'
JOHOR BAHRU – “Syukur, alhamdulillah...anak saya selamat,” demikian kata Saadah Abd Kadir, 40, selepas anaknya, Nur Farisah Adlina Ismail, 16, telah kembali kepangkuannya.
Nur Farisah Adlina Ismail, 16, dilaporkan hilang setelah keluar dari rumah mereka di Bandar Baru Uda di sini pada awal pagi Khamis.
Saadah berkata, dia dimaklumkan oleh pihak polis berkenaan penemuan Nur Farisah.
"Saya bersyukur sangat kerana anak saya berada dalam keadaan selamat dan ditemui oleh keluarga yang baik,” katanya.
Pada Khamis, Nur Farisah Adlina bertindak meninggalkan rumah sekitar jam 7.30 pagi selepas bertengkar dengan ibu yang melarangnya keluar malam pada Rabu.
Bagaimanapun pada Khamis, Saadah berkata, ibu angkat anaknya ada menghubunginya dan memberitahu telah dihubungi oleh seseorang dengan mengatakan Nur Farisah itu dalam keadaan selamat bersama mereka.
Saadah berkata, anaknya bertindak meninggalkan rumah kerana merajuk dengannya.
"Bagaimanapun apa yang penting sekarang ini dia sudah pulang dan selamat. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!