12 tahun belajar dalam surau, pelajar tahfiz perlukan kelas

Pelajar Madrasah Tahfiz Taufiqillah menjalani sesi pembelajaran di dalam surau.
Pelajar Madrasah Tahfiz Taufiqillah menjalani sesi pembelajaran di dalam surau.
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 60 pelajar termasuk anak yatim, asnaf dan mualaf di Madrasah Tahfiz Taufiqillah, Jitra, Kedah memerlukan bangunan kelas untuk menjalani proses pembelajaran yang lebih selesa.

Mudir sekolah tahfiz berkenaan, Auzaid Ismail, berkata, sejak institusi itu beroperasi hampir 12 tahun bermula hujung 2012, pelajar-pelajar yang bersilih ganti itu hanya menggunakan sebuah surau di sekolah berkenaan untuk menjalani sesi pembelajaran.

“Keadaan amat menyedihkan kerana pelajar-pelajar tidak mempunyai fasiliti yang sepatutnya untuk belajar.

Penderma boleh juga mengimbas melalui kod QR.
Penderma boleh juga mengimbas melalui kod QR.

“Justeru, kami merancang membina sebuah bangunan dua tingkat yang akan menempatkan kelas, bilik guru dan dewan bagi kegunaan mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurut beliau, bangunan berkeluasan 594 meter persegi itu akan mula dibina di atas tapak yang sudah tersedia sebaik kos diperlukan sekitar RM1.5 juta hingga RM2 juta dapat dikumpul melalui derma pelbagai pihak.

Kata Auzaid, pembelajaran secara percuma diberikan di tahfiz itu menyebabkan ramai yang memohon masuk ke madarasah berkenaan.

“Kami bergantung kepada perniagaan ladang madu kelulut yang diusahakan selain akan membuka kolam ternakan ikan air tawar untuk menampung kos pengurusan tahfiz pada masa depan.

Artikel Berkaitan:

“Kami juga memperoleh sumbangan persendirian dan berdaftar serta zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kedah,” katanya.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Affin Bank Berhad/Affin Islamic Bank bernombor 106670007366 atas nama Madrasah Tahfiz Taufiqillah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!