Tingkat kesedaran kesihatan gigi di sekolah pendidikan khas

Murid SKPK Lati tertarik dengan maskot karakter gigi pada program memperkenalkan aplikasi Dr KGT Junior@EduChamp.
Murid SKPK Lati tertarik dengan maskot karakter gigi pada program memperkenalkan aplikasi Dr KGT Junior@EduChamp.
A
A
A

PASIR MAS - Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Lati, Pasir Mas dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan inisiatif memperkasakan kesihatan oral murid berkeperluan khas (MBPK) menggunakan aplikasi Dr KGT Junior@EduChamp.

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai amalan pergigian yang betul dan efisien dalam kalangan MBPK seiring kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pakar Prostodontik PPSG USM, Dr Noor Huda Ismail berkata, kesihatan oral yang baik bukan hanya menyumbang kepada kecergasan fizikal malah meningkatkan kesejahteraan mental murid.

Murid SKPK Lati mendengar penerangan daripada pegawai pergigian USM
Murid SKPK Lati mendengar penerangan daripada pegawai pergigian USM

“Hasil perbincangan bersama Guru Besar SKPK Rosita Awang, sempena program 15 Ogos lalu, kami dimaklumkan, aplikasi Dr KGT Junior@EduChamp dapat membantu mengakses kandungan pembelajaran yang sesuai mengikut keperluan mereka.

“Aplikasi itu membolehkan golongan terbabit mudah memahami pendidikan kesihatan oral,” katanya.

Jelas beliau, kehadiran maskot karakter gigi selain penyediaan buku berkaitan pergigian kanak-kanak membuatkan murid lebih teruja.

Sementara itu, Pakar Periodontik pusat pengajian berkenaan, Profesor Madya Dr Raja Azman Raja Awang berkata, aplikasi itu dibiayai oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM serta dibantu pelajar pascasiswazah pergigian untuk merealisasikan aplikasi itu.

Artikel Berkaitan:

“Kita turut menjalin kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, Unit Latihan Dalam Perkhidmatan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan sokongan daripada Persatuan Orang Pekak Kelantan dan SSB Health Sdn Bhd,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!