Isu pembinaan tembok di sempadan Kelantan-Thailand perlu dibincang dengan MKN

Cadangan pembinaan tembok di Sungai Golok melibatkan kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan dibawa ke mesyuarat MKN bagi mendapatkan keputusan yang tuntas. (Gambar kecil: Adly Zahari)
Cadangan pembinaan tembok di Sungai Golok melibatkan kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan dibawa ke mesyuarat MKN bagi mendapatkan keputusan yang tuntas. (Gambar kecil: Adly Zahari)
A
A
A

TANAH MERAH - Cadangan pembinaan tembok di Sungai Golok melibatkan kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini akan dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, perkara itu perlu diselaraskan melalui MKN bagi mendapatkan keputusan yang tuntas berkait perkara tersebut.

"Pandangan saya, KDN (Kementerian Dalam Negeri) yang turut menjaga keselamatan sempadan pastinya mempunyai pandangan tertentu berhubung perkara tersebut," katanya ketika sidang akhbar pada Program Veteran Desa Madani (VDM) di Sekolah Kebangsaan Bechah Laut, di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, melihat kepada kejayaan rampasan, berdasarkan maklumat yang telah sedia ada ini, langkah kehadapan di bawah MKN itu harus diputuskan dengan segera.

"Dari sudut MINDEF menerusi ATM (Angkatan Tentera Malaysia) kita akan laksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan itu," katanya.

Adly memberitahu, penugasan ATM di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Jeli dan ia meliputi 75 peratus kawasan sempadan.

"Sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bermula dari Pengkalan Kubor (Tumpat) sehingga ke Jeli. Kita ada 11 pos kawalan keselamatan di bawah tanggungjawab ATM.

"Bagi melancarkan penugasan kita sentiasa bertukar-tukar maklumat dengan PGA (Pasukan Gerakan Am) yang turut mengawal keselamatan sempadan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!