Letupan di stesen kereta api Pakistan ragut 20 nyawa, lebih 30 cedera

Anggota keselamatan memeriksa kawasan letupan di stesen kereta api di Quetta, di wilayah Balochistan Pakistan pada Sabtu. Foto AFP
Anggota keselamatan memeriksa kawasan letupan di stesen kereta api di Quetta, di wilayah Balochistan Pakistan pada Sabtu. Foto AFP
A
A
A

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam kejadian letupan yang menggegarkan stesen kereta api di Quetta, barat daya Pakistan yang dipercayai berpunca daripada serangan bunuh diri, menurut pegawai tempatan pada Sabtu.

Letupan di wilayah Balochistan itu turut menyebabkan lebih 30 orang cedera dan angka korban dijangka meningkat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ketika kejadian, ratusan penumpang sedang menunggu di platform stesen berkenaan.

Barangan penumpang bertaburan di lokasi letupan di stesen kereta api di Quetta, di wilayah Balochistan Pakistan. Foto AFP
Barangan penumpang bertaburan di lokasi letupan di stesen kereta api di Quetta, di wilayah Balochistan Pakistan. Foto AFP

Foto di media sosial menunjukkan platform rosak teruk, dengan bumbung runtuh akibat impak letupan.

“Siasatan awal menunjukkan ia adalah serangan bunuh diri,” kata pegawai polis tempatan, Azam Baloch.

Bagaimanapun, polis sedang mengumpul bukti dan menjalankan siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu mengakibatkan platform rosak teruk, dengan bumbung runtuh akibat impak letupan. Foto AFP
Kejadian itu mengakibatkan platform rosak teruk, dengan bumbung runtuh akibat impak letupan. Foto AFP

Susulan kejadian, darurat telah diisytiharkan di hospital-hospital sekitar bandar berkenaan, menurut jurucakap kerajaan Balochistan, Shahid Rind.

Tentera Pembebasan Balochistan (BLA), kumpulan militan etnik Baloch yang berjuang untuk kemerdekaan daripada Pakistan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Bulan lalu, kumpulan itu juga mengaku bertanggungjawab atas serangan yang mengorbankan dua jurutera China di Karachi dan 20 pelombong dalam kejadian lain. - Bernama-dpa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!