Ulu Tembeling, Jerantut bakal jadi hab pasarkan produk asnaf Zakat Pahang

Ahmad Hairi merasmikan Majlis Anugerah Ikon Usahawan Asnaf 2024 di Hotel Grand Darul Makmur di sini, pada Sabtu.
Ahmad Hairi merasmikan Majlis Anugerah Ikon Usahawan Asnaf 2024 di Hotel Grand Darul Makmur di sini, pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Hulu Tembeling, di Jerantut akan dibangunkan sebagai hab memasarkan Produk Asnaf Zakat Pahang (PAZPA) pada tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, seramai 19 asnaf dikenal pasti bagi menerima bantuan awal bagi menghasilkan pelbagai produk.

"Daripada jumlah itu, seramai tiga asnaf yang mengusahakan bot pelancongan manakala selebihnya dalam sektor pertanian.

Ahmad Hairi bersama penerima ikon usahawan asnaf pada Majlis Anugerah Ikon Usahawan Asnaf 2024 di Hotel Grand Darul Makmur di sini, pada Sabtu.
Ahmad Hairi bersama penerima ikon usahawan asnaf pada Majlis Anugerah Ikon Usahawan Asnaf 2024 di Hotel Grand Darul Makmur di sini, pada Sabtu.

"Kalau ikut kajian kita lakukan di Hulu Tembeling, mereka mempunyai tanah yang luas, jadi mereka boleh membuat kebun pisang, ubi kayu, keledek dan menjadikan ia produk, sebelum dipasarkan ke kawasan itu.

"Malah, kita turut membantu asnaf lain (di seluruh Pahang) yang boleh membekalkan produk pertanian untuk dipasarkan di hab terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Ikon Usahawan Asnaf 2024 di Hotel Grand Darul Makmur di sini, pada Sabtu.

Ahmad Hairi menambah, selain Ulu Tembeling, golongan asnaf di Pulau Tioman juga dibantu dengan menyediakan pelbagai kemahiran dan kursus kepada mereka.

Artikel Berkaitan:

"Kalau di Tioman, kawasan tanah adalah terhad, maka program seperti bantuan bagi membuka kedai gunting rambut dan tanaman hidroponik akan diberikan kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, MUIP telah menyalurkan Bantuan Modal dan Peralatan Perniagaan Asnaf berjumlah RM226,583 kepada 44 usahawan asnaf di Pahang bermula Januari hingga September lalu.

Jelasnya, dalam tempoh lima tahun bermula 2019, pihaknya telah memperuntukkan RM1.7 juta untuk membantu usahawan asnaf mengembangkan perniagaan mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!