Jualan tiket rendah, konsert solo Aisha Retno dibatalkan

Konsert Aisha Retno Malam Sutera terpaksa dibatalkan kerana jualan tiket rendah. Hantaran dimuat naik Kharisma Music International pada Jumaat.
Konsert Aisha Retno Malam Sutera terpaksa dibatalkan kerana jualan tiket rendah. Hantaran dimuat naik Kharisma Music International pada Jumaat.
A
A
A

KONSERT solo penyanyi muda, Aisha Retno yang dijadualkan berlangsung pada 16 November ini di Zepp KL terpaksa dibatalkan ekoran jualan tiket terlalu rendah.

Penganjur, Kharisma Music International menerusi satu hantaran di Instagram berkata, pihak pengurusan artis itu juga memutuskan untuk tidak menunda konsert terbabit ke satu tarikh lain.

"Dukacita dimaklumkan bahawa konsert Aisha Retno Malam Sutera dibatalkan kerana faktor jualan tiket perlahan.

“Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Ia juga bukan satu keputusan mudah buat kami.

“Oleh itu, Ticket2U sudah menghantar emel kepada pembeli untuk proses bayaran balik penuh. Pemulangan wang akan dilakukan dalam masa tujuh ke 14 hari bekerja,“ katanya.

Meninjau Instagram penyanyi berusia 24 tahun terbabit, Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, namun ada memuat naik beberapa hantaran berbaur kekecewaan.

Selain itu, dia dilihat mengulang siar hantaran dimuat naik peminatnya yang memberikan kata-kata semangat, dipercayai menjurus kepada isu berkenaan.

Bagaimanapun, Aisha memaklumkan bakal menjelaskan tentang pembatalan konsert di saat akhir itu dengan lebih terperinci dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, gadis genit itu merupakan naib juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 menerusi lagu Sutera ciptaannya sendiri bersama MFMF, sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Kategori persembahan terbaik juga dimenanginya dan meraih wang tunai RM12,000 beserta trofi menewaskan pesaing terdekat, Shiha Zikir yang mempertaruhkan lagu Kalam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!