KPDNHEP Melaka lupus barang rampasan RM360,000

Norena turut menggunting kasut tiruan berjenama ketika melupuskan hasil rampasan setelah mendapat perintah mahkamah.
Norena turut menggunting kasut tiruan berjenama ketika melupuskan hasil rampasan setelah mendapat perintah mahkamah.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Belacan buatan tempatan yang menggunakan logo halal tidak sah antara barang rampasan dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka di stor eksibit di Krubong di sini hari ini.

Turut dilupuskan ialah pakaian pelbagai berjenama, arak tiruan, kasut dan cakera video digital (DVD) membabitkan 11 kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan satu lagi di bawah Akta Cap Dagangan 2019 bermula awal tahun ini hingga semalam.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, pelaksanaan pelupusan barangan berjumlah RM360,000 dilakukan selepas mendapat perintah mahkamah atas pelbagai kesalahan termasuk menggunakan logo halal tidak sah.

"Sebanyak RM750,000 nilai rampas membabitkan 121 kes dilupuskan di stor itu sepanjang tahun lalu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Muhamad Aizudin Mohd Said di sini hari ini.

Norena (dua dari kanan dan dibantu Aizudin (dua dari kiri) menggunting pakaian tiruan ketika pelupusan barang rampasan itu di stor eksibit KPDNHEP Melaka di Krubong hari ini.
Norena (dua dari kanan dan dibantu Aizudin (dua dari kiri) menggunting pakaian tiruan ketika pelupusan barang rampasan itu di stor eksibit KPDNHEP Melaka di Krubong hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!