Bekalan elektrik ke Timur Sabah pulih sepenuhnya

Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Timur Sabah dari tengah hari tadi, telah pulih sepenuhnya petang tadi. Gambar hiasan
Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Timur Sabah dari tengah hari tadi, telah pulih sepenuhnya petang tadi. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Timur Sabah dari tengah hari tadi, telah pulih sepenuhnya pada jam 5.24 petang, menurut Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

"Sabah Electricity berterima kasih atas kesabaran pengguna yang terkesan. Sabah Electricity juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi,” menurut kenyataan itu.

Gangguan terbabit melibatkan Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran, dan Kinabatangan berlaku pada jam 12.14 tengah hari.

Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi Sabah Electricity Careline 15444 atau 088-515000 untuk maklumat lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!