Bayi 24 bulan terperangkap 14 jam bawah runtuhan

Dia kini berada dalam keadaan koma setelah tangan kanannya terpaksa dipotong demi menyelamatkan nyawanya. Foto Agensi
Dia kini berada dalam keadaan koma setelah tangan kanannya terpaksa dipotong demi menyelamatkan nyawanya. Foto Agensi
A
A
A

SIDON - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sebuah kawasan selatan Lubnan berdepan ‘detik ajaib’ apabila menemui bayi yang masih hidup di bawah runtuhan.

Bapa saudaranya, Hussein Khalifeh berkata, Ali berusia 24 bulan terperangkap selama hampir 14 jam setelah seluruh ahli keluarganya terkorban ketika rejim Zionis memperhebatkan serangan pada akhir bulan lalu.

Menurutnya, serangan ke atas Sarafand yang terletak kira-kira 15 kilometer di bandar Sidon telah meruntuhkan kompleks pangsapuri dan 15 orang dilaporkan terbunuh.

“Ali merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat. Dia kini berada dalam keadaan koma setelah tangan kanannya terpaksa dipotong demi menyelamatkan nyawanya.

“Ali sudah dipindahkan ke pusat perubatan di Beirut untuk menjalani prosedur pembedahan praprostetik. Ali sedang tidur ketika serangan itu berlaku dan dia masih ‘tidur’ hingga hari ini,” jelasnya lagi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!