Larrie lancar kempen perkasa alam sekitar bersama Green Checkout
LARRIE Corporation (Larrie) melancarkan kempen ‘Green Checkout’ dengan kerjasama jenama Green Checkout dan Mastercard bagi mempromosikan acara membeli-belah yang mampan.
Larrie dalam satu kenyataan berkata, Green Checkout merupakan satu kempen yang berinovasi dan direka untuk menyatupadukan inisiatif penanaman pokok serta penanaman semula hutan ke dalam pengalaman membeli-belah secara dalam talian setiap hari.
Menurutnya, sebagai jenama yang komited terhadap kelestarian dan kesejahteraan alam sekitar, Larrie menyedari kepentingan untuk ‘memerangi’ perubahan iklim.
“Inisiatif Green Checkout bertujuan untuk memperkasakan jenama yang ingin menambah baik kesetiaan pelanggan dengan aktiviti alam sekitar bermakna.
“Dengan penyelesaian e-dagang yang inovatif, Larrie membolehkan pelanggan mengambil bahagian secara aktif dalam usaha pemulihan pokok dengan setiap pembelian. Secara asasnya ia mengubah peranan membeli-belah dalam jejak alam sekitar individu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menerusi program Green Checkout, Larrie memaklumkan bahawa pelanggan yang membelanjakan RM250 atau lebih akan menyumbang secara automatik kepada penanaman pokok.
Katanya, program itu direka untuk pembeli yang mementingkan kesejahteraan alam sekitar dalam setiap pembelian mereka dan ia turut menjadi usaha kepada perhutanan semula serta penambahbaikan.
Mengulas mengenai peraduan ‘Travel with Larrie’, jenama berkenaan berkata, seramai tiga pemenang telah dipilih untuk memenangi hadiah melebihi RM33,000.
“Peraduan yang bermula dari 1 September hingga 31 Oktober lalu telah berjaya menarik penyertaan yang banyak.
“Ia (peraduan) bertujuan untuk memberi peluang kepada pelanggan setia Larrie untuk memenangi hadiah melancong ke destinasi impian mereka,” kata kenyataan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!