PACE UUM bantu Madrasah Misbah Al-Falah

Mahasiswa PACE UUM bersama pelajar Madrasah Misbah Al-Falah menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan madrasah Sabtu lalu.
Mahasiswa PACE UUM bersama pelajar Madrasah Misbah Al-Falah menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan madrasah Sabtu lalu.
A
A
A

BALING - Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam, Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia (PACE UUM) menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Madrasah Misbah Al-Falah di sini menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam Program Tautan Kasih Eratkan Ukhuwah pada Sabtu lalu.

Pengarah Program, Md Nasir Md Hassan berkata, sumbangan tersebut digunakan bagi tujuan kegunaan pendidikan, pembangunan prasarana dan kebajikan pelajar-pelajarnya.

Menurutnya, jumlah sumbangan yang berjaya diperoleh itu adalah hasil kerjasama mahasiswa PACE UUM yang membuat kutipan dana daripada pihak luar.

“Mahasiswa PACE UUM turut memberikan sumbangan barangan keperluan seperti sejadah, langsir, almari buku, tikar getah dan cat dinding kepada madrasah.

“Mahasiswa dan mahasiswi membanting tulang bersama-sama pelajar madrasah menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan madrasah.

"Pihak luar yang turut serta menjayakan program ini adalah Bank Rakyat Cawangan Baling,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Inisiatif Program Tautan Kasih Eratkan Ukhuwah ini mencapai objektif Mahasiswa PACE UUM untuk membantu pihak madrasah dalam menaiktaraf prasarana dan kemudahan fizikal serta pembelajaran pelajar di sini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!