Angka korban di Gaza meningkat kepada 43,552, lebih 102,765 cedera
GAZA - Pasukan pendudukan Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin terbunuh dan 81 yang lain cedera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Menurut laporan perubatan, angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 42,175 orang manakala 98,336 individu dilaporkan cedera.
Sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Sumber yang sama turut melaporkan bahawa perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau mayat yang bergelimpangan di jalan-jalan di seluruh kawasan konflik itu, kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam. -Bernama-WAFA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!