Bahaya tertipu dengan halusinasi AI
SHAH ALAM - Meskipun teknologi pintar ketika ini memudahkan perolehan maklumat dengan pantas, namun ia tidak terkecuali berdepan komplikasi halusinasi AI.
Pendakwah bebas, Amir ‘Izzuddin Muhammad berkata, halusinasi AI bermaksud teknologi tersebut memberikan jawapan yang belum dipastikan kebenaran secara mutlak tetapi bagi AI ia adalah betul.
“Bayangkan kalau seseorang yang menggunakan AI itu tidak mempunyai ilmu, jadi dia akan terima sahaja jawapan yang diberi oleh AI. Itu yang bahaya.
“Kebanyakan pelajar yang baru masuk khasnya dalam bidang agama, tidak mempunyai kepakaran atau belum menguasai lagi kitab-kitab syarah, mereka mungkin boleh tertipu dalam halusinasi AI,” katanya kepada Sinar Ahad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!