10 jalan di dunia 'undang maut'

No Image Caption
A
A
A

KESESAKAN lalu lintas adalah perkara biasa bagi kebanyakan jalan di seluruh dunia. Terdapat juga laluan yang berisiko mengancam nyawa kerana terpaksa melalui cerun bersimpang-siur dan selekoh tajam serta lokasi berpotensi berlaku tanah runtuh. Berikut adalah 10 laluan ekstrem yang mencabar adrenalin setiap pengguna di jalan berkenaan.

1. Jalan 99 Pusingan, China

Laluan yang mempunyai 99 selekoh di lereng bukit di Taman Negara Gunung Tianmen itu berada di ketinggian hampir 2,000 meter. Ia hanya dikhaskan untuk pemandu berpengalaman kerana risiko kemalangan terutama ketika cuaca buruk. Selain itu, terdapat juga risiko gempa bumi yang perlu diambil kira.

2. Stelvio Pass, Itali

Ia terletak di sempadan Itali-Switzerland dan mempunyai kira-kira 75 selekoh tajam. Majalah permotoran, Top Gear mendakwa ia adalah laluan terbaik untuk memandu Ferrari. Jalan itu sering ditutup kerana cuaca buruk dan tidak digalakkan dilalui pada waktu malam.

No Image Caption

3. Death Road, Bolivia

Artikel Berkaitan:

Laluan di Yu-ngas, utara Bolivia ini mengha-dap ke hutan hujan Amazon. Sesuai dengan namanya ‘Jalan Kematian’, panorama menakjubkan di laluan tersebut turut mempunyai kira-kira 200 selekoh maut, selain berisiko menghadapi runtuhan batu dan kejadian tanah runtuh. Sehingga 1990-an, 300 kematian direkodkan pada setiap tahun.

No Image Caption

4. Cotahuasi Canyon Road, Peru

Laluan di selatan Peru itu membawa pengguna melalui ngarai ketiga paling dalam di dunia yang mengambil masa perjalanan antara 10 hingga 12 jam. Ia tidak diturap sepenuhnya dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda (4x4). Ketika musim hujan, laluan tersebut berlumpur teruk.

No Image Caption

5. Passage du Gois, Perancis

Terdapat beberapa laluan berbahaya meskipun rekod keselamatan di Perancis agak baik. Jalan yang menghubungkan Pulau Noirmoutier ke tanah besar itu perlu menyeberangi Lautan Atlantik. Ia mungkin agak selamat ketika air surut dan boleh dilalui selama tiga jam sebelum air pasang semula.

No Image Caption

6. Lebuh Raya Sichuan-Tibet, China

Ribuan pengguna jalan berkenaan maut sejak ia dibina pada 1950-an. Laluan sepanjang 2,142 kilometer itu terdedah dengan ancaman tanah runtuh dan runtuhan salji. Ia merentasi 14 gunung dan puluhan sungai terkenal termasuk Dadu, Jinsha serta Lantsang.

No Image Caption

7. Katu-Yaryk Pass, Rusia

Laluan pergunungan tersebut hanya untuk kenderaan 4x4 kerana ia diturap dengan batu kerikil dan tiada pengadang jalan. Kenderaan juga perlu menyeberangi sungai kecil dan cerun dengan tahap kecuraman kira-kira 19 peratus.

No Image Caption

8. Zoji La Pass, India

Asia Tengah sememangnya mempunyai banyak laluan berbahaya. Salah satu daripadanya ialah Zoji La Pass yang merentasi pergunungan Himalaya. Jalan tanpa pengadang dan papan tanda itu juga berisiko dilanda tanah runtuh serta angin kencang. Laluan sepanjang lapan kilometer itu tidak boleh diakses ketika musim sejuk.

No Image Caption

9. Terowong Guoliang, China

Laluan ‘menembusi’ antara gunung itu sentiasa sesak dan turut menawarkan pemandangan mengagumkan kepada pelancong. Terowong berkenaan adalah satu-satunya jalan yang menghubungkan perkampungan Guoliang dengan dunia luar dan projek laluan itu adalah antara paling sukar serta berisiko tinggi pernah dibina.

No Image Caption

10. Bayburt D915, Turkiye

Jalan berliku di lereng pergunungan itu disenaraikan sebagai laluan paling menakutkan di dunia. Ia menghubungkan Laut Hitam di bahagian pantai utara ke bandar Bayburt yang merupakan salah satu jalan perdagangan bersejarah, Laluan Sutera antara China dan Eropah. Laluan tersebut penting kepada penduduk tempatan dan memerlukan pemanduan teliti, di samping tahap kesabaran yang tinggi.

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!