Liverpool lebar rentak kemenangan

Salah meraikan jaringan bersama penyokong-penyokong Liverpool di Anfield. Foto: Agensi
Salah meraikan jaringan bersama penyokong-penyokong Liverpool di Anfield. Foto: Agensi
A
A
A

PENCABAR kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liverpool melebarkan jarak pendahuluan kepada lima mata selepas mengatasi Aston Villa, 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Anfield.

Dua jaringan setiap separuh masa bermula sentuhan Darwin Nunez (m-20) dan Mohamed Salah (m-84) membolehkan skuad The Reds kendalian Arne Slot (28 mata) meninggalkan penyandang Manchester City di kedudukan kedua (23 mata).

Manchester City di bawah kepimpinan Pep Guardiola pula tewas 1-2 kepada Brighton semasa kunjungan di Stadium Komuniti Amex untuk kekalahan keempat berturut-turut dalam semua kejuaraan musim ini.

Kekalahan ketiga Villa dikendalikan Unai Emery menyaksikan kelab yang diasaskan pada 1874, berpangkalan di Aston, Birmingham, mengumpul 18 mata untuk berada di kedudukan kelapan liga.

Pada perlawanan itu juga, prestasi penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher berada pada tahap terbaik apabila melakukan beberapa penyelamatan penting untuk mengekalkan pendahuluan The Red bagi mengekalkan permulaan sensasi musim ini di bawah kepimpinan Slot.

Tiga mata diraih di depan penyokong sendiri di Merseyside menyaksikan Liverpool memenangi 15 daripada 17 perlawanan dalam semua kejuaraan sejak bekas pengendali kelab Eredivisie Belanda, Feyenoord Rotterdam itu menggantikan Jurgen Klopp.

Liverpool selepas ini akan berdepan Southampton dalam aksi liga di Stadium St Mary's pada 24 November sebelum menerima kunjungan Real Madrid untuk perlawanan Liga Juara-Juara.

Kemudian Liverpool akan berdepan Manchester City di Stadium Anfield pada 2 Disember sebelum ke Stadium St James's Park berdepan Newcastle United pada 5 Disember.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!