Aktiviti seludup barangan runcit dari Thailand tumpas, enam ditahan

PGA telah menahan sebuah lori jenis Hino serta merampas barangan runcit RM178,000 pada jam 2.30 petang di sekatan jalan raya (SJR) Cabang Empat Salam, Rantau Panjang. Gambar kecil: Nik Ros Azhan
PGA telah menahan sebuah lori jenis Hino serta merampas barangan runcit RM178,000 pada jam 2.30 petang di sekatan jalan raya (SJR) Cabang Empat Salam, Rantau Panjang. Gambar kecil: Nik Ros Azhan
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan aktiviti penyeludupan barangan runcit dari Thailand selepas menahan enam lelaki dalam empat serbuan berasingan pada Jumaat dan Sabtu.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 69 tahun dan dua daripadanya merupakan warga Thailand.

"Jumlah keseluruhan rampasan barangan runcit terbabit ialah RM193,055.

Sebahagian daripada barangan runcit yang dirampas selepas penahanan enam lelaki dalam empat serbuan berasingan pada Jumaat dan Sabtu
Sebahagian daripada barangan runcit yang dirampas selepas penahanan enam lelaki dalam empat serbuan berasingan pada Jumaat dan Sabtu

"Rampasan pertama dilakukan pada jam 7.30 pagi oleh Batalion 9 PGA Kuala Terengganu di Cabang Empat Salam, selepas menahan sebuah pikap jenis Toyota Hilux.

"Sejurus menahan dua lelaki wargan Thailand masing-masing berusia 28 dan 69 tahun itu, PGA merampas barangan runcit bernilai RM11,110," katanya pada Ahad.

Menurut beliau, pada jam yang sama rampasan dilakukan di Tasik Raja, Pasir Mas oleh Batalion 7 PGA Kuantan selepas menahan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang dipandu lelaki berusia 33 tahun dan turut merampas barangan runcit bernilai RM1,245.

Tambahnya, rampasan seterusnya pada jam 2.30 petang di sekatan jalan raya (SJR) Cabang Empat Salam PGA telah menahan sebuah lori jenis Hino serta menahan dua lelaki berusia 44 dan 52 tahun serta barangan runcit RM178,000.

Artikel Berkaitan:

Nik Ros Azhan memberitahu, seterusnya jam 8.30 malam juga di lokasi yang sama PGA telah menahan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 45 tahun serta merampas barangan runcit dengan nilai keseluruhan RM2,700.

"Rampasan dan tangkapan ini akan disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983 dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam.

"Kesemua suspek serta barangan rampasan dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) PGA Jeram Perdah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!