Temasya Oghang Kedah 2024 dapat sambutan luar jangka

Barisan tetamu kehormat bergambar kenangan di sudut bergambar Temasya Oghang Kedah 2024 pada malam perasmian
Barisan tetamu kehormat bergambar kenangan di sudut bergambar Temasya Oghang Kedah 2024 pada malam perasmian
A
A
A

ALOR SETAR - Temasya Oghang Kedah (TOK) 2024 yang berlangsung pada 7 hingga 10 November mendapat sambutan luar jangkaan berbanding dua penganjuran sebelum ini.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kedah, Sabarina Masadi berkata, penganjuran program di pekarangan Stadium Darul Aman iaitu di tengah-tengah pusat bandar berjaya menarik kehadiran pengunjung melebihi sasaran 250,000 orang.

Katanya, program berkenaan dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kumpulan Bangsawan Sri Kedah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Negeri Kedah dan Nabilah Bahrin Group Sdn. Bhd.

Sabarina
Sabarina

“TOK 2024 ini bertujuan untuk mengangkat, memartabat dan menyemarakkan seni budaya dan warisan negeri Kedah kepada segenap lapisan masyarakat bukan sahaja kepada rakyat di negeri Kedah ini malahan kepada pelancong dalam dan luar negeri.

“Sepanjang penganjuran TOK 2024 ini juga kita turut selitkan dengan pelbagai aktiviti berunsurkan tradisi dan warisan yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti sepak raga tuju, congkak, batu seremban, pertandingan Lenggok Oghang Kedah dan banyak lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba sesi
Seorang pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba sesi "Open Mic Mek Mulung" di reruai JKKN

Menurutnya, selepas lima tahun tiada pelaksanaan, temasya ini kembali dengan kerjasama Fantastic Food by Kak Nab 8.0 yang menjadikan acara itu lebih meriah dengan pelbagai pengisian baharu seperti festival makanan viral, penampilan influencer dan TikTokers terkenal.

Artikel Berkaitan:

“Lebih menarik lagi antara kelainan utama TOK 2024 kali ini ialah pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBR) Pengiring Tetamu Kehormat Teramai yang melibatkan himpunan 1,931 orang pesilat dari pelbagai perguruan di negeri ini.

Seni pergendangan kaum India turut membuat persembahan pada malam perasmian.
Seni pergendangan kaum India turut membuat persembahan pada malam perasmian.

“Selain itu, kita juga menampilkan Chef Din iaitu penggiat Seni Makanan Warisan negeri Kedah yang melakukan demonstrasi masakan tradisi seperti ubi telampong, serabai, peknga, bunga pudak dan ayaq serbat,” katanya

Jelasnya, secara keseluruhan, TOK 2024 bukan sahaja bertujuan untuk melestarikan warisan budaya Kedah, tetapi juga untuk memperkukuhkan lagi sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.

Chef Din sedang menunjukkan demonstrasi pembuatan ubi telampong di reruai Jabatan Warisan Negara.
Chef Din sedang menunjukkan demonstrasi pembuatan ubi telampong di reruai Jabatan Warisan Negara.

“Program ini menggalakkan penyertaan komuniti tempatan, termasuk penggiat seni dan usahawan kecil, untuk menyumbang kepada usaha mempromosikan warisan budaya negeri.

“Ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Kedah sebagai destinasi pelancongan budaya, selari dengan Tahun Melawat Kedah 2025”, katanya.

Majlis Perasmian TOK 2024 pada 8 November disempurnakan oleh Exco Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Datuk Salleh Saidin. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Wira Roslan Tan Sri Abdul Rahman.

REAKSI

1. Nasriah Muhammad Nasir, 38

“ saya teruja tengok ayaq serbat yang dah lama tak dapat rasa, jadi mai temasya ni nampak ada jual terus saya beli.Lagi satu ubi telampong tu saya tak pernah tengok sebelum ini, sekarang baru dapat kenal.

Nasriah
Nasriah

2. Suriya Mala Vijayan,34

“Saya hadir di temasya ini mewakili Pertubuhan Tamil Isai Urumi Melam Malaysia untuk pamerkan pergendangan tradisional kaum India. Yang menariknya di sini ada macam-macam kaum buat pameran, jadi kami bertukar-tukar pengalaman, mereka cuba main gendang kami, kami pula main alat muzik kaum mereka.

Suriya
Suriya

3.Sharmila Ibrahim, 39

“Dengan penganjuran TOK 2024 ini saya dapat belajar tentang pelbagai kesenian dan lagu orang Kedah yang sebelum ni saya tak tau, tapi saya dapat belajar di sini. Pengunjung pun ramai hadir, jadi melihat sambutan ini saya harap pihak penganjur dapat jadikan acara TOK sebagai program tahunan.

Sharmila
Sharmila

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!