Usahawan wanita terkenal masuk Pulau Sipadan ditutup undang persoalan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tindakan seorang usahawan kosmetik memasuki Pulau Sipadan di Semporna, yang ketika ini sedang ditutup mengundang persoalan dalam kalangan pemain industri selaman.

Difahamkan, kelibat usahawan wanita bergelar Datuk Seri itu dilihat berada di pulau berkenaan menerusi satu video yang tular sejak Sabtu lalu.

Pengerusi Persatuan Penyelam Profesional Semporna (SPDA), Suzimin Edris berkata, biasanya Pulau Sipadan ditutup selama sebulan untuk tujuan restolasi, namun terdapat seorang usahawan telah memasuki kawasan tersebut walaupun ia ditutup.

"Setiap tahun pulau ini akan ditutup bermula 1 hingga 30 November tetapi yang kami persoalkan sekarang, kenapa salah sebuah syarikat ini boleh masuk dan paling penting, kenapa mereka membuat selaman skuba di Pulau Sipadan sedangkan keperluan untuk selaman di Pulau Sipadan adalah 'Advanced Open Water' ke atas.

"Ketika pulau ini ditutup, kenapa usahawan tersebut boleh masuk, adakah dia dapat keistimewaan?" katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Susulan daripada itu, Suzimin meminta penjelasan daripada pihak berkaitan mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Maklarin Lakim menjelaskan bahawa pegawai TTS memang dibenarkan menyelam semasa tempoh restorasi untuk pemantauan dan pemerhatian di bawah air.

"Isu kali ini adalah demikian, ia aktiviti pihak taman, cuma ada tetamu taman (pelabur swasta) yang ikut serta dan ingin menyelam di pesisir pantai secara terhad.

Artikel Berkaitan:

"Ia bukan selaman komersil oleh pelancong, ia oleh tetamu TTS sendiri," katanya.

Sebelum itu, satu video berdurasi 30 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memaklumkan ke Pulau Sipadan dan dalam video tersebut turut menunjukkan usahawan berkenaan menjalankan aktiviti skuba.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!