'Kembalikan kepercayaan terhadap konsep khalifah hakiki' - Sultanah Nur Zahirah

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah pada Majlis Idul Ilmi (Istiadat Konvokesyen) Ke-16 UniSZA pada Ahad.
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah pada Majlis Idul Ilmi (Istiadat Konvokesyen) Ke-16 UniSZA pada Ahad.
A
A
A

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diharapkan dapat mengembalikan kepercayaan terhadap konsep khalifah yang hakiki menerusi moto universiti berkenaan iaitu iaitu ‘Ilmu Demi Faedah Insan’.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah, ketika ini dunia berhadapan dengan pelbagai krisis dalaman politik, diplomasi, nilai dan peradaban berpunca kerana tidak memahami konsep khalifah yang diamanahkan oleh ALLAH SWT.

Baginda yang juga Canselor UniSZA bertitah graduan yang berwibawa akan berjaya mewujudkan kesejahteraan sejagat tanpa mengira perbezaan warna kulit, bangsa dan agama.

"Beta yakin bahawa graduan yang bermutu tinggi perlu diukur dengan nilai, adab dan ilmu yang dipelajari.

"Justeru, penekanan nilai adab dan akhlak di universiti ini perlu diperkasakan dari masa ke masa.

"Ia akan membawa kepada keberkatan dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara," titah baginda pada Majlis Idul Ilmi (Istiadat Konvokesyen) Ke-16 UniSZA di sini pada Ahad.

Baginda turut mengucapkan tahniah kepada UniSZA kerana berjaya memperoleh penarafan di kedudukan 1,001 hingga 1,200 dalam Times Higher Education World University Ranking.

"Beta ucapkan tahniah dan syabas. Beta mengharapkan pencapaian ini boleh dijadikan kayu ukur terhadap kejayaan yang seimbang dari aspek spiritual dan fizikal.

Artikel Berkaitan:

"Beta juga amat berbangga dengan perkhidmatan kesihatan Hospital Sultan Zainal Abidin yang telah beroperasi.

"Ia adalah kejayaan besar bagi rakyat negeri ini. Mereka dapat menikmati kemudahan perubatan yang terbaik," titah baginda.

Seramai 2,818 graduan akan menerima ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma dalam konvokesyen yang berlangsung selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!