Hotel bajet jadi sarang pelacuran warga asing diserbu
10 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Hotel bajet jadi sarang pelacuran warga asing diserbu
Busuk, kotor dan meloyakan itu gambaran keadaan bilik sebuah hotel bajet di Seri Petaling dipercayai dijadikan sarang pelacuran yang diserbu pada Sabtu.
Kegiatan pelacuran yang menawarkan khidmat gadis warga asing itu dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu terbongkar dalam serbuan Ops Noda dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, operasi dijalankan melibatkan empat premis hotel bajet dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di Cheras, Sri Petaling, Jalan Ipoh, dan Danau Kota.