Pejabat Satelit MyIPO pertama beroperasi di Terengganu

Mohd Zuhan (lima dari kanan) bersama Pengurus Kanan Korporat YPU Terengganu, T Ahmad Shabirin Awalludin (tiga dari kanan) ketika menyempurnakan simbolik pembukaan Pejabat Satelit MyIPO di YPU Kuala Terengganu.
Mohd Zuhan (lima dari kanan) bersama Pengurus Kanan Korporat YPU Terengganu, T Ahmad Shabirin Awalludin (tiga dari kanan) ketika menyempurnakan simbolik pembukaan Pejabat Satelit MyIPO di YPU Kuala Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Terengganu menjadi negeri pertama memiliki Pejabat Satelit Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang beroperasi di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di sini.

Pengerusi MyIPO, Ts Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, pembukaan pejabat satelit itu bagi memudahkan rakyat Terengganu khususnya usahawan untuk berurusan dengan MyIPO bagi urusan harta intelek.

Mohd Zuhan (tiga dari kanan) meninjau Pejabat Satelit MyIPO yang beroperasi di YPU Kuala Terengganu.
Mohd Zuhan (tiga dari kanan) meninjau Pejabat Satelit MyIPO yang beroperasi di YPU Kuala Terengganu.

Menurutnya, dengan adanya kemudahan itu, pemilik harta intelek di negeri ini tidak lagi perlu ke pejabat MyIPO di Kuantan, Pahang untuk membuat pemfailan.

"Pejabat Wilayah di Kuantan merangkumi tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kali ini, kita buka pejabat di setiap negeri dan kita akan mengorak langkah pertama di Terengganu sebelum disusuli negeri-negeri lain.

"Untuk Terengganu, kita bekerjasama dengan YPU di bawah kerajaan negeri bagi menjalankan operasi pejabat satelit dan kita jangka pendaftaran harta intelek di Terengganu akan meningkat berbanding sebelum ini," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Perasmian Pejabat Satelit MyIPO Kuala Terengganu dan penyampaian sumbangan zakat di sini, pada Ahad.

Jelas Mohd Zuhan, pembukaan pejabat satelit itu menyediakan akses yang lebih mudah bagi pelbagai golongan termasuk usahawan, pereka, inovator dan profesional untuk melindungi hasil ciptaan dan penjenamaan produk mereka.

Artikel Berkaitan:

Mohd Zuhan (tengah) bersama penerima sumbangan sempena pelancaran Pejabat Satelit MyIPO di YPU Kuala Terengganu.
Mohd Zuhan (tengah) bersama penerima sumbangan sempena pelancaran Pejabat Satelit MyIPO di YPU Kuala Terengganu.

"Kita lihat banyak hak cipta dan hasil karya dari Terengganu yang belum didaftarkan, jadi dengan adanya kemudahan ini, ia sekali gus boleh dimanfaatkan oleh lebih 14,000 usahawan yang bernaung dibawah YPU.

"Sejak 2019 hingga Oktober 2024, sebanyak 1,418 permohonan harta intelek dari negeri Terengganu diterima dan ia sebenarnya mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan perlindungan harta intelek sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri," ujarnya.

Pada majlis itu, turut diadakan penyampaian sumbangan zakat kepada 114 orang asnaf sebagai usaha membantu masyarakat setempat yang memerlukan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!