Gintell lancar Kerusi Urut Wellness edisi terhad Iron Man
KUALA LUMPUR - Pembekal produk penjagaan kesihatan, Gintell melancarkan dua buah kerusi urut siri Wellness Super Heroes yang berupaya memberi kelegaan seluruh badan.
Gintell dalam satu kenyataan berkata, antara siri terbaharu itu ialah Kerusi Urut Wellness S7 Plus Iron Man dan S9 Maxx Iron Man.
Menurutnya, Kerusi Urut Wellness S7 Plus Iron Man dikuasai oleh roda urut lapan dimensi generasi kedua dan ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu atas dan bawah badan.
“Sementara itu, sempena ulang tahun Marvel ke-85, Gintell telah melancarkan Kerusi Urut Wellness Edisi Eksklusif Iron Man Black yang merupakan tambahan baharu kepada koleksi Kerusi Urut Siri Super Heroes.
“Kerusi urut edisi eksklusif ini menggabungkan Teknologi kecerdasan buatan (AI) terbaharu dengan gaya ikonik Iron Man berwarna hitam dan emas yang diilhamkan oleh wira itu sendiri,” kata kenyataan itu pada Ahad.
Majlis pelancaran itu turut dihadiri Pengarah Pengurusan Gintell, Datuk Goh Cheh Yak dan duta rasmi jenama tersebut, Simon Yam di Pavilion Bukit Jalil.
Pada masa sama, Gintell memberitahu bahawa jenama berkenaan turut mengadakan pameran di lokasi pelancaran bermula 30 Oktober hingga 11 November.
Menerusi acara itu, ia bukan sahaja mempamerkan kerusi urut malah produk lain termasuk treadmill dan sebagainya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!