Rosak imej UPNM

Tangkap layar laporan akhbar Sinar Harian pada Ahad.
Tangkap layar laporan akhbar Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan berhubung kes pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang parah akibat dipijak pelajar senior.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian seperti itu adalah tidak wajar dan merosakkan imej UPNM serta institusi pengajian tinggi.

"Saya telah dimaklumkan berkenaan laporan media yang tular melibatkan seorang pelatih di UPNM yang mengalami kecederaan dipercayai tindakan seorang pelatih senior.

"Susulan laporan polis yang dibuat, MINDEF menyerahkan perkara ini kepada PDRM untuk menyempurnakan siasatan. Pihak saya dan Kementerian Pertahanan akan memberi sepenuh kerjasama dan perhatian dalam perkara ini," katanya menerusi satu hantaran di aplikasi X pada Ahad.

Sebelum ini media melaporkan, seorang penuntut tahun satu mengalami kecederaan parah akibat keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dipijak seorang penuntut tahun tiga, universiti berkenaan.

Tangkap layar hantaran Mohamed Khaled di aplikasi X pada Ahad.
Tangkap layar hantaran Mohamed Khaled di aplikasi X pada Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, laporan berkaitan diterima pihaknya kira-kira jam 8.40 malam pada 8 November lalu.

Siasatan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam, mangsa yang merupakan pelajar tahun satu telah dipijak pelajar senior yang merupakan pelatih tahun tiga universiti berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa berada di tepi padang kawad universiti berkenaan setelah namanya selesai dipanggil.

Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur berhubung kecederaan yang dialami dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!