Wanita warga emas maut kereta masuk gaung

Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandu anaknya terjatuh ke dalam gaung.
Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandu anaknya terjatuh ke dalam gaung.
A
A
A

TAMPIN - Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dinaiki terbabas ke dalam gaung sedalam 50 meter di Kilometer 26 Jalan Tampin-Gemas berhampiran Kampung Tengah, Gemencheh di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa berusia 67 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua anaknya yang menaiki kereta jenis Honda City dalam perjalanan dari Melaka ke Palong, Jempol.

"Namun siasatan mendapati, kereta dipandu anak lelakinya yang berusia 34 tahun hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam gaung yang berada di sebelah kiri.

"Kejadian itu mengakibatkan mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian belakang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, anak lelakinya cedera patah tulang belakang dan penumpang hadapan pula mengalami cedera ringan di kepala.

Ujarnya, mereka telah dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.

" Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian terbabit diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Tampin dan boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Aqwa di talian 013-9515011 atau Bilik Gerakan IPD Tampin 06-4431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu kenderaan terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!