Bendasing di perairan Tanjung Bungah disiasat
GEORGE TOWN - Jabatan Perikanan (DoF) akan melakukan penilaian kualiti air di kawasan perairan Tanjung Bungah di sini untuk mengenal pasti bendasing yang terapung seperti gambar yang tular di media sosial pada Ahad.
Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, penilaian itu akan dibuat untuk menguji sama ada berlaku fenomena algae bloom yang di perairan berkenaan.
"Esok (Isnin) insya-ALLAH DoF akan buat penilaian kualiti air untuk uji sama ada berlaku algae bloom sekiranya masih kelihatan benda yang terapung itu.
"Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga akan siasat esok kerana kita pun belum tahu ia berpunca dari mana," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Ahad.
Terdahulu tular beberapa keping gambar dan video mengenai bendasing yang kelihatan di perairan Tanjung Bungah di sini.
Rata-rata warganet melahirkan kebimbangan dengan pencemaran misteri itu kerana bimbang akan berisiko kepada orang ramai selain menjejaskan mata pencarian nelayan di negeri ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!