Medan Pau Marti uji pemain muda

Pau Marti (tengah) akan menilai beberapa pemain muda untuk disenaraikan dalam skuad Piala ASEAN.
Pau Marti (tengah) akan menilai beberapa pemain muda untuk disenaraikan dalam skuad Piala ASEAN.
A
A
A

PERLAWANAN persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini diharapkan dapat digunakan sebaik mungkin oleh pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente untuk menguji pemain muda.

Pemerhati sukan negara, Zakaria Rahim berkata, ia juga menjadi persiapan awal untuk Pau Marti menilai dengan lebih teliti pemain muda yang boleh dipanggil untuk beraksi pada Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bulan depan.

“Antara muka baru dipanggil ialah pemain muda Ubaidullah Shamsul (20 tahun) dari Terengganu FC. Pemain tengah bertahan ini telah mewakili hampir kesemua pasukan junior kebangsaan dari B-19, B-20 dan B-23. Ini kali pertama dipanggil.

“Harap perlawanan bertemu Laos nanti, tanpa memandang rendah pasukan lawan, Pau Marti berani menurunkan pemain muda untuk pendedahan menjelang Piala ASEAN nanti.

“Antaranya seperti Azri Ghani di depan gol yang hanya ada dua kaps sahaja setakat ini walaupun tak pernah ketinggalan daripada panggilan Harimau Malaya.

“Perlawanan lawan Laos adalah peluang terbaik untuk uji pemain muda yang dipanggil untuk memberikan lebih pilihan kepada jurulatih bagi perlawanan lebih besar nanti,” katanya.

Selain Ubaidullah, Pau Marti turut menyenaraikan beberapa pemain muda untuk aksi persahabatan kali ini iaitu Safwan Mazlan dari Terengganu FC, Nooa Hamzah Laine, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Mukhairi Ajmal dari Selangor dan Muhammad Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC).

Skuad negara akan bertemu Laos pada Khamis ini di Bangkok sebelum menentang India di Stadium Gachibowli, Hyderabad, India 18 November.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Zakaria turut percaya pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dipanggil semula pada kali ini akan cuba untuk membuktikan keupayaannya.

“Kembalinya Natxo Insa yang sedang dalam prestasi terbaiknya di kelab diharap dapat memberikan impak besar selepas teruk di kritik semasa di Piala Asia.

“Juga perlawanan persahabatan ini medan menguji gandingan Syafiq Ahmad, Paulo Josue dan Sergio Aguero di barisan depan untuk mencari siapa sebenarnya pemain no 9 negara,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!