Warga kampung 'TikTok' kembali jadi buruh selepas pelopor joget ditahan polis
JAKARTA - Penduduk kampung yang diberi julukan sebagai 'warga kampung TikTok' kembali kepada pekerjaan asal sebagai buruh dan petani selepas pelopor joget mereka ditahan polis.
Warga kampung TikTok Sadbor di Sukabumi, Jawa Barat, sebelum ini meninggalkan pekerjaan asal mereka bagi meraih pendapatan dengan membuat penstriman langsung dengan menari dan berjoget di aplikasi TikTok.
Pelopor joget mereka ditahan polis atas dakwaan mempromosi judi secara dalam talian.
Dalam pada itu seorang penduduk, Fadli Rizal berkata, dia mula melihat perubahan selepas pelopor joget berkenaan ditahan pihak berkuasa.
"Kebanyakan mereka sudah kembali kepada pekerjaan asal," ujarnya kepada pemberita pada Ahad.
Sebelum itu, pelopor joget berkenaan yang dikenali sebagai Gunawan Sadbor, 38, ditahan polis terkait dakwaan mempromosi judi online ketika bersiaran di TikTok.
Dia ditahan oleh polis Sukabumi pada 31 Oktober lalu dan Sadbor dipercayai memperoleh sekitar 1 juta Rupiah (RM278) sehingga 3 juta Rupiah (RM836) hasil joget serta promosi judi berkenaan.
Dia kini berhadapan 10 tahun penjara jika sabit kesalahan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!