Nyanyian Fazura bikin ramai sebak
BEBERAPA hari ini masyarakat memperkatakan mengenai nyanyian pelakon Malaysia berwajah cantik, Nur Fazura, yang dilihat membuat persembahan secara live dalam satu program di luar negara.
Ada yang memuji keberanian Fazura namun tidak kurang juga ada yang mengecam nyanyiannya sehingga menjadi trending di media sosial.
Ya, Fazura yang dikenali memang seorang yang berani mengambil risiko. Di sebalik kelembutan wajahnya yang ayu itu, Fazura seorang yang kental dan tidak kisah dengan apa orang kata.
Dia berpegang teguh pada pendiriannya. Mungkin disebabkan itulah Fazura ambil keputusan untuk menyanyi secara live.
Mungkin ada yang bergetar hati menonton video tersebut. Yelah, dia seorang wanita yang baru berpisah dengan suaminya kemudian menyanyikan sebuah lagu cinta yang sepatutnya duet bersama lelaki yang dicintai tetapi jodoh ditakdirkan terhenti. Oleh itu, siapa yang tak sebak, kan. Pastinya sebak.
Pun begitu, dalam hal ini, jujurnya Merak Jalanan rasa Fazura belum layak lagi digelar penyanyi apatah lagi menyanyi dalam program seperti dalam video yang tular itu. Kerana ia memberi impak besar kepada Fazura sendiri.
Sayang sangat kerana imej Fazura yang tampak manis, lemah lembut, akhirnya tercemar dengan nyanyiannya yang tidak merdu itu.
Akibatnya ia menjadi bahan jenaka di media sosial. Menyamakan Fazura sebaris dengan artis-artis yang tidak boleh menyanyi. Sedangkan sebelum ini, imejnya cukup bersih.
Justeru ada baiknya jika Fazura tak menyanyi. Nak menyanyi dalam karaoke okeylah. Tapi bukan dalam program sebesar itu tanpa persiapan rapi. Merak Jalanan tak sanggup nak baca komen-komen netizen yang tidak relaks itu.
Bukan untuk Fazura sahaja tetapi bagi pelakon-pelakon lain yang nak cuba-cuba menyanyi cubalah ambil kelas vokal dahulu.
Kalau guru vokal kata, you tak boleh menyanyi maka janganlah rosakkan industri nyanyian. Kekallah sebagai pelakon sahaja, itu yang terbaik.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!