Perbanyakkan pertandingan pembangunan bakat - Hannah

Hannah bersama penganjur dan peserta Kejohanan Taekwondo Antara Kelab 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto TM
Hannah bersama penganjur dan peserta Kejohanan Taekwondo Antara Kelab 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto TM
A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan lebih banyak lagi pihak tampil menganjurkan pertandingan seperti Kejohanan Taekwondo Antara Kelab 2024 pada masa depan.

Malah jelas menterinya, Hannah Yeoh, kejohanan sedemikian memberikan pentas kepada bakat-bakat muda menonjolkan potensi diri masing-masing.

"Kejohanan seperti ini merupakan platform kepada anak-anak ini untuk berkembang menerusi peringkat kelab.

"Bukan semua yang terlibat dengan taekwondo merupakan atlet elit, jadi kejohanan seperti ini amat penting kerana mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan mereka.

"Sekiranya mereka ini hanya sekadar berlatih pada peringkat kelab, tapi tidak didedahkan dengan pertandingan seperti ini, tidak bermakna buat mereka," katanya pada sidang akhbar sempena Kejohanan Taekwondo Antara Kelab 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Antara yang hadir Setiausaha Agung TM, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Teknikal TM, R Dhanaraj.

Kejohanan Taekwondo Antara Kelab 2024 berjaya menarik penyertaan sejumlah 1,500 atlet dari 253 kelab taekwondo seluruh negara.

Kejohanan anjuran TM juga bertujuan mencungkil bakat baharu yang berpotensi untuk diserap ke dalam skuad pelapis negara pada masa depan.

Artikel Berkaitan:

Hannah juga memuji inisiatif yang diambil TM dalam memastikan program pembangunan bakat pelapis sukan tempur terus berkembang.

"Saya juga berterima kasih kepada MILO kerana turut sama menyokong kepada penganjuran program," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!