[VIDEO] PRN Sabah: Proses rundingan kerusi PKR, PH di peringkat akhir

A
A
A

KOTA KINABALU - Pakatan Harapan (PH) Sabah kini dalam proses terakhir untuk memilih kawasan yang sesuai untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Peto Galim berharap perbincangan kedua kali itu adalah yang terakhir untuk mereka memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi dalam PRN tersebut.

"Dalam kumpulan PH sendiri kita dalam proses terakhir untuk memilih kawasan di mana kita bersesuaian untuk bertanding.

"Malam ini (mesyuarat bersama PH) adalah harapan kita yang kedua kali untuk bincang dan harap yang terakhir ataupun ada lagi yang ketiga atau keempat, kita tidak tahu.

"Secepat mungkin kalau boleh (rundingan kerusi), supaya kami boleh tidur," katanya dalam sidang akhbar khas Biro Politik PKR Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad.

Peto ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar khas Biro Politik PKR Sabah di SICC, Kota Kinabalu.
Peto ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar khas Biro Politik PKR Sabah di SICC, Kota Kinabalu.

Sementara itu, ditanya mengenai rundingan bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud sekali lagi mengulangi pendirian bahawa perbincangan dilakukan dalam peringkat parti terlebih dahulu.

"Kita kenal pasti mana-mana kerusi yang berpotensi, selepas itu kita akan bawa ke Majlis Perundingan PH dan kita akan kenal pasti mana, berunding mana kerusi masing-masing, yang ada kekuatan masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Selesai itu semua, baru kita akan buka rundingan dengan parti-parti yang lain. Kita memang mengalu-alukan cadangan daripada Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri kita yang mahu ada perundingan berlaku.

"Kita bersetuju, kita mengalu-alukan, tapi bagi masa kepada PKR, PH untuk berbincang di peringkat kami sebelum boleh berunding dengan parti-parti yang lain," katanya.

Beliau dalam pada itu menghormati pandangan pemimpin GRS yang ketika ini menegaskan tidak mahu ada unsur campur tangan untuk menentukan dengan siapa gabungan itu akan bekerjasama dalam PRN17.

"Itu pandangan dan kita hormati pandangan GRS sendiri, cuma kita pun maklum bahawa kita dalam kerajaan Perpaduan Malaysia Madani.

"Jadi semua pun ada pandangan, jadi kita raikan perbezaaan pandangan ini tapi akhirnya nanti yang penting kita mahu bekerja untuk rakyat dulu, kita utamakan rakyat, kita beri khidmat yang terbaik untuk rakyat akhirnya rakyat akan memilih mana pemimpin parti yang baik untuk mereka.

"Pandangan-pandangan lain itu, itu pandangan masing-masing, sama ada istilah campur tangan ataupun perundingan itu masing-masinglah, tapi akhirnya kita mahu yang terbuat untuk rakyat Sabah ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!