Projek 1BestariNet: KPM serah siasatan kepada SPRM

Kah Woh
Kah Woh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isu berkaitan tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pihaknya juga bersedia memberi kerjasama kepada agensi tersebut selain sedang dalam proses memuktamadkan cadangan penyelesaian sebelum dikemukakan kepada Kabinet melalui Memorandum Jemaah Menteri.

"Ia bagi menentukan hala tuju penyelesaian isu berkenaan dan setakat ini, tidak ada tindakan undang-undang sivil difailkan di mahkamah oleh kerajaan.

"Komitmen kerajaan adalah bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dan kita serahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat," katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) mengenai status terkini projek berkenaan dan tindakan undang-undang yang telah dikenakan terhadap syarikat yang diberikan tender.

Sebelum ini media melaporkan, SPRM pada September lalu telah memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet selepas membuat penggeledahan di pejabat kerajaan dan YTL di ibu negara.

SPRM juga difahamkan sedang mengkaji untuk mengenal pasti saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan yang menjurus kepada dokumen tuntutan mengandungi butiran palsu membabitkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion.

Sementara itu, Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Taiping menjelaskan, kerajaan telah mulakan kaedah Google Clasroom dan pelantar digital DELIMa bagi pembelajaran dalam talian secara aktif.

Artikel Berkaitan:

"Platform ini telah memberikan manfaat dan kemudahan pembelajaaran dalam pendidikan digital kepada pelajar.

"Selain itu untuk projek yang bakal dianugerahkan, saya cadangkan boleh semak dengan pihak terlibat seperti Kementerian Kewangan mengenai perkara itu," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!