PRN Sabah: Kerjasama PKR tidak diputuskan selagi DUN belum bubar
11 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
PRN Sabah: Kerjasama PKR tidak diputuskan selagi DUN belum bubar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menegaskan selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah belum dibubarkan maka kerjasama dengan mana-mana parti belum dimuktamadkan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud bagaimanapun mengulangi pendirian parti bahawa mereka secara prinsipnya bersetuju untuk mengadakan ruang perbincangan berdasarkan komponen parti masing-masing susulan pertemuan secara tidak rasmi dengan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #PartiKeadilanRakyat