SMK Shah Alam tampil tanpa tekanan

Osmera
Osmera
A
A
A

PENYANDANG juara berganda Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam tampil menyingkap saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 (B-15) merebut Piala Sumbangsih tanpa sebarang tekanan.

Malah, pengendali skuad B-15 SMK Shah Alam, Osmera Omaro menegaskan pasukan berpangkalan di Shah Alam itu sudah bersedia mental dan fizikal berdepan SMK Darul Ehsan di Stadium Mini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) SMK USJ 23 Subang Jaya pada Isnin.

"Kami sekali lagi hadir untuk kejohanan ini dengan status juara berganda, namun saya tegaskan kepada pemain-pemain agar menikmati permainan tanpa sebarang tekanan.

"Ya, kami berdepan cabaran dalam menyediakan pasukan yang mantap dalam aspek latihan untuk kejohanan kali ini dengan jadual sesi persekolahan yang padat.

No Image Caption

"Selain itu, kami juga kehilangan beberapa pemain tonggak yang memasuki Sekolah Sukan Negeri Selangor dan Sekolah Sukan Negeri Kuala Lumpur, ini sedikit sebanyak membuatkan beberapa bahagian pasukan sedikit pincang.

"Namun, alhamdulillah dengan sokongan padu pemangku Pengetua SMK Shah Alam, Tuan Noriha Tuan Jaffar berjaya membakar semangat anak-anak buah saya untuk mengejar kemenangan pertama (Piala Sumbangsih) yang juga dikira sebagai mata dalam perlawanan kumpulan," katanya.

Sebagai rekod, SMK Shah Alam untuk kempen kali ini diundi bersama SMK Darul Ehsan dalam Kumpulan A yang turut disertai SMK Taman Dato' Harun dan SMK Jalan 3 untuk pusingan 32.

Artikel Berkaitan:

SMK Shah Alam muncul juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023 selepas menewaskan SMK Meru, 3-0 dalam perlawanan akhir.

Peringkat pusingan Kumpulan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15.
Peringkat pusingan Kumpulan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15.

Sebelum itu, SMK Shah Alam juga merupakan juara Piala Sumbangsih selepas menewaskan SMK Dato’ Harun, 1-0.

Kejohanan edisi 2024 dibarakan dengan penajaan daripada Kumpulan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) manakala Sinar Harian sebagai media rasmi.

Kejuaraan kali ini akan menyaksikan 32 pasukan terbaik setiap daerah di Selangor berentap bermula dengan peringkat kumpulan dengan semua pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan, setiap satunya terdiri daripada empat pasukan.

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua diikuti dengan suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!