Jenazah wartawan veteran Rosnah Abd Majid selamat dikebumikan

Ahli keluarga dan saudara-mara terdekat menjirus air mawar dan menabur bunga di atas pusara wartawan veteran dan bekas ahli politik, Datuk Rosnah Abd Majid, 71, yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, pada Isnin. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah wartawan veteran dan bekas ahli politik Datuk Rosnah Abd Majid, 71, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, di sini pada jam 10 pagi ini.

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati pada jam 8 pagi untuk disembahyangkan.

Lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, kenalan dan rakan wartawan hadir memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 9.35 pagi untuk pengebumian.

Allahyarham Rosnah yang pernah bertugas di akhbar Utusan Malaysia selama 20 tahun sejak 1977, meninggal dunia di rumah kakaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada jam 9.30 pagi semalam.

Ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan penduduk hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Rosnah. Foto Bernama
Ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan penduduk hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Rosnah. Foto Bernama

Allahyarham yang dilahirkan pada 1953 di Sungai Pial, Merbok, Kedah merupakan pemenang pertama Anugerah Kajai pada 1984.

Rosnah juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Tanjung Dawai selepas menewaskan calon Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 dan pernah menyandang jawatan Ketua Jawatankuasa Perhubungan Wanita UMNO Negeri Kedah bagi penggal 2000/2003.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia selama setahun pada 2007. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!