Sekurang-kurangnya 10 maut dalam kejadian tembakan di Mexico
MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah bar di negeri Queretaro, Mexico menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad.
Serangan itu berlaku di bar Los Cantaritos pada malam Sabtu, apabila empat individu bersenjata melepaskan tembakan hingga mengorbankan tujuh lelaki dan tiga wanita, menurut laporan Pejabat Peguam Negeri, lapor Xinhua.
"Empat individu bersenjata menaiki sebuah van telah dikenal pasti dan nombor plat kenderaan mereka berjaya diperoleh," kata Juan Luis Ferrusca, setiausaha keselamatan awam di daerah Queretaro.
Sementara itu, tujuh mangsa yang cedera kini sedang dirawat di hospital berhampiran.
Setakat ini, seorang suspek telah ditahan. - Bernama/Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!