Pengarah, syarikat didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan

Wooi Chan (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Isnin atas pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan.
Wooi Chan (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Isnin atas pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pengarah dan syarikatnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas 12 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti berjumlah keseluruhan sebanyak RM660,029.60 pada 2022 hingga 2023.

Tang Wooi Chon, 68, dan syarikatnya membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, Wooi Chon didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan yang perlu dibayar dalam waktu yang ditetapkan kepada Ketua Pengarah Kastam.

Dia didakwa gagal membayar cukai tersebut bagi enam tempoh bercukai antara 1 Disember 2022 hingga 30 November 2023 dalam tempoh ditetapkan Ketua Pengarah Kastam.

Wooi Chan didakwa melakukan perbuatan itu di Kompleks Kastam Alor Setar,di sini, membabitkan nilai cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM660,029.60.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah, Muhamad Syafiq Haslan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Disember depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!