Imigresen serbu pusat hiburan, bistro tawar pakej GRO bawa pulang

Imigresen melakukan serbuan di pusat hiburan dan bistro di Taman Mount Austin, Johor Bahru, Sabtu lalu.
Imigresen melakukan serbuan di pusat hiburan dan bistro di Taman Mount Austin, Johor Bahru, Sabtu lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua buah pusat hiburan dan bistro disyaki menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) untuk menemani lelaki minum dengan harga serendah RM50 dan pakej bawa pulang terbongkar dalam serbuan di Taman Mount Austin di sini, pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, seramai 36 wanita Thailand berusia antara 21 hingga 47 tahun, ditahan dalam Ops Gegar pada jam 1.30 pagi.

Selain itu, tiga lelaki warga Myanmar serta masing-masing seorang lelaki warga Laos dan Vietnam serta tiga lelaki warga tempatan yang terdiri daripada pemilik premis dan penjaga berusia antara 19 hingga 52 tahun, turut ditahan.

Tiga lelaki warga Myanmar serta masing-masing seorang lelaki warga Laos dan Vietnam serta tiga lelaki warga tempatan turut ditahan.
Tiga lelaki warga Myanmar serta masing-masing seorang lelaki warga Laos dan Vietnam serta tiga lelaki warga tempatan turut ditahan.

"Hasil siasatan, mendapati warga asing itu memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong namun menyalahgunakan kemudahan yang diberi itu.

"GRO warga asing itu dipercayai menggunakan nama samaran untuk mengaburi mata penguat kuasa tetapi taktik mereka berjaya dikesan dengan pelbagai bukti yang ditemui di premis tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Rusdi memberitahu, semua warga asing yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Seramai 36 wanita Thailand berusia antara 21 hingga 47 tahun, ditahan dalam Ops Gegar pada jam 1.30 pagi.
Seramai 36 wanita Thailand berusia antara 21 hingga 47 tahun, ditahan dalam Ops Gegar pada jam 1.30 pagi.

"Mereka turut disiasat bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna Pas Lawatan Sosial (PLS).

"Sementara tiga warga tempatan yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI), katanya.

Tambah beliau, sembilan notis hadir ke pejabat telah dikeluarkan oleh JIM bagi membantu siasatan.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!