Jodoh tak dapat, duit lesap!
ALOR SETAR - Seorang pengurus jualan dan kewangan di sebuah syarikat swasta di sini kerugian RM422,745 selepas terpedaya dengan laman web mencari jodoh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 22 tahun terpedaya selepas dihubungi ejen laman web itu.
Menurutnya, mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM422,745.93 melalui transaksi pindahan wang bagi mendapatkan pasangan.
“Sehingga kini mangsa masih dihubungi suspek yang memintanya membuat bayaran namun mangsa berasa ditipu kerana tiada pasangan jodoh yang ditawarkan kepadanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Elias berkata, polis menasihatkan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang pengiklanan pencarian jodoh di laman sosial.
"Orang ramai juga diingatkan supaya berwaspada sebelum membuat sebarang transaksi ke akaun ketiga.
"Orang ramai juga digalakkan untuk menghubungi JSJK Kedah di talian 04-7741354 untuk maklumat lanjut," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!