Julie's taja Pesta Pokémon, sokong gaya hidup sihat
JENAMA snek terkenal, Julie's menjadi penaja utama bagi Pesta Pokémon yang berlangsung dari 7 hingga 10 November lalu sebagai komitmen memperjuangkan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.
Pengarahnya, Tzy Horng Sai berkata, pesta itu menganjurkan pelbagai aktiviti menarik terutamanya acara Fun Run sejauh empat kilometer (km) pada hari terakhir.
Menurut beliau, larian tersebut berjaya menarik lebih 7,000 peserta termasuk penggemar sukan dan peminat watak animasi, Pokémon.
“Fun Run ini dipenuhi dengan pelampung bertemakan Pokémon. Penglibatan Julie's menambah keunikan larian ini dan kami menyediakan canapés yang diperbuat daripada biskut Julie’s untuk dinikmati peserta.
“Canapés yang diedarkan di gerai Julie's direka khas dengan kerjasama pempengaruh makanan terkenal seperti Hazwan, Sid Murshid dan 'Jun and Tonic'.
“Selain itu, Julie's juga mengedarkan air botol edisi terhad menampilkan watak Pokémon untuk menggalakkan mereka mengisi semula air di stesen minuman yang dibina khas oleh kami,“ katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Horng Sai memaklumkan, pihaknya mengerti bahawa detik paling berharga dalam kehidupan adalah berkumpul dengan keluarga tersayang dan rakan-rakan sambil menikmati masa bersama.
“Sebagai penaja utama, Fun Run ini peluang yang menarik untuk kami mempromosikan budaya kebersamaan secara meriah dan unik.
“Sama seperti biskut kami yang mendekatkan orang ramai menerusi perkongsian pengalaman bersama sambil menikmati Julie's, Pokémon juga dapat memupuk hubungan dalam kalangan semua generasi melalui jenama mereka.
“Kami berharap dapat menambahkan kegembiraan orang ramai dan memberi inspirasi kepada peserta untuk mencipta kenangan yang berkekalan bukan sahaja semasa larian, tetapi dalam aktiviti harian juga,“ ujarnya.
Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang acara, aktiviti dan promosi, layari laman sesawang atau ikuti Facebook Julie's.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!