Pas gesa SPRM ambil tindakan isu audio tular

Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera berhubung kewujudan satu rakaman audio yang melibatkan dakwaan pemberian rasuah kepada beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sebuah negeri.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, SPRM mempunyai tanggungjawab moral dan undang-undang untuk bertindak dengan segera terhadap dakwaan berkenaan meskipun tiada aduan rasmi dibuat.

“SPRM harus melaksanakan tindakan proaktif dalam siasatan bagi memastikan setiap dakwaan rasuah, terutamanya yang melibatkan pemimpin dan wakil rakyat.

“SPRM harus memulakan siasatan berasaskan maklumat awal yang telah diketahui umum,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan media mengenai rakaman audio berkenaan yang tular baru-baru ini.

Jelasnya, tindakan segera perlu diambil untuk membuktikan komitmen SPRM dalam memerangi gejala rasuah yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat serta mencalarkan imej negara di mata dunia.

“Pas juga mengajak semua pihak untuk tidak menyebarkan spekulasi yang tidak berasas sehingga siasatan lengkap dijalankan.

“Kita percaya bahawa kebenaran akan muncul melalui proses siasatan yang telus dan profesional oleh pihak berkuasa,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!