Stor farmasi Hospital Papar terbakar, kelam-kabut pindah pesakit

Keadaan stor farmasi Hospital Papar yang marak dijilat api.
Keadaan stor farmasi Hospital Papar yang marak dijilat api.
A
A
A

PAPAR - Kakitangan Hospital Papar bertungkus-lumus mengeluarkan pesakit di wad selepas stor farmasi hospital tersebut terbakar dalam kejadian sekitar jam 7 malam Isnin.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu segera digerakkan ke lokasi yang terletak sejauh empat kilometer.

Kakitangan Hospital bertindak memindahkan pesakit susulan kejadian kebakaran di stor farmasi Hospital Papar terbakar.
Kakitangan Hospital bertindak memindahkan pesakit susulan kejadian kebakaran di stor farmasi Hospital Papar terbakar.

Menurut laporan awal Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, seramai lapan anggota BBP Papar dibantu lima anggota BBP Kimanis sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

Menurut maklumat juga, kebakaran melibatkan sebuah bangunan stor perubatan farmasi Hospital Papar dan api sedang merebak.

Operasi pemadaman masih dijalankan. Maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!