Fazrul sedia pikat Pau Marti

Fazrul (kanan) sedia memberikan yang terbaik untuk berada dalam senarai skuad pada dua aksi persahabatan bulan ini. Foto FB FAM.
Fazrul (kanan) sedia memberikan yang terbaik untuk berada dalam senarai skuad pada dua aksi persahabatan bulan ini. Foto FB FAM.
A
A
A

PEMAIN baharu skuad negara, Fazrul Amir Md Zaman sedia memberikan yang terbaik untuk disenaraikan dalam pasukan bagi mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 bulan ini.

Malah pemain berusia 24 tahun itu turut mengakui teruja apabila menjadi rakan sepasukan dengan idolanya, Arif Aiman Hanapi dalam skuad Harimau Malaya.

Fazrul yang kali pertama menyertai kem latihan skuad negara dipanggil ketua jurulatih, Pau Marti Vicente bagi menggantikan Mukhairi Ajmal Mahadi yang terpaksa digugurkan akibat kecederaan.

"Saya bermain di bahagian sayap (kiri), idola saya kalau di luar negara Cristiano Ronaldo, (kalau dekat) Malaysia, Arif Aiman antara idola saya. Dia (Arif) main sebelah kanan," katanya.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Laos pada Khamis sebelum berdepan India pada 18 November.

Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC itu juga bertekad untuk tidak menghampakan jurulatih yang memberi peluang kepadanya menyarung jersi negara.

"Alhamdulillah akhirnya saya dapat mewakili skuad kebangsaan. Ia memberikan saya semangat baharu dan berasa gembira dengan peluang ini.

"Saya perlu bekerja keras dan bersaing untuk mendapatkan tempat," kata Fazrul.

Artikel Berkaitan:

Arif Aiman bersama tiga lagi pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) termasuk penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Matthew Davies dan Feroz Baharudin melapor diri pada Isnin.

Ia selepas mereka menyelesaikan tugasan bersama skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Super menentang Perak pada malam Ahad.

Dua lagi pemain JDT, Natxo Insa dan Romel Morales terpaksa disisihkan selepas disahkan mengalami kecederaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!