Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor buka gelanggang berdepan Pahang
JUARA 33 kali Selangor FC akan menyingkap kempen Piala Malaysia berdepan dengan Sri Pahang FC dalam pusingan 16 kejuaraan selepas majlis undian pada Isnin.
Sekiranya Gergasi Merah mengatasi Tok Gajah, menanti di suku akhir adalah pemenang perlawanan menemukan juara lapan kali Perak FC dengan Kelantan Darul Naim FC.
Sementara itu, penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menyingkap kempen Piala Malaysia berdepan kelab Malaysia A1 Liga Semi-Pro, Kuala Lumpur Rovers.
Harimau Selatan di bawah seliaan Esteban Solari merangkul kejuaraan piala keramat bola sepak negara dengan menewaskan Terengganu FC, 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember lalu.
Sekiranya melepasi halangan KL Rovers, angkatan Bidoglio akan berdepan pemenang perlawanan antara pemenang juara lima kali Kedah Darul Aman FC menentang juara empat kali, Kuala Lumpur City FC.
Finalis tahun lalu, Terengganu pula akan menyingkap cabaran berdepan satu lagi kelab Malaysia A1 Liga Semi-Pro, Melaka FC, sebelum menanti pemenang aksi juara tiga kali, Negeri Sembilan FC berdepan PDRM FC.
Sementara itu, Sabah FC kendalian Datuk Kim Swee akan berdepan satu lagi kelab Malaysia A1 Liga Semi-Pro, PT Athletic FC di pusingan 16.
Sekiranya keputusan berpihak The Rhinos yang belum pernah menjulang kejuaraan itu, menanti di suku akhir adalah pemenang aksi Penang FC menentang Kuching City FC.
Saingan edisi ke-98 bermula dengan pusingan 16, suku dan separuh akhir berlangsung yang secara timbal balik.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!