Jurukimpal didakwa tunjuk kemaluan kepada guru tadika

Tertuduh ketika ditahan reman pada 9 Februari lalu.
Tertuduh ketika ditahan reman pada 9 Februari lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jurukimpal didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menunjukkan kemaluan di depan seorang guru tadika pada 6 Februari lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Abdul Ropha Arifin, 36, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz, hari ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) kerana perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 27 tahun dengan menunjukkan kemaluan di hadapan sebuah tadika di Gong Badak, Kuala Nerus, jam 7 malam pada 6 Februari lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dan menetapkan 31 Mac depan bagi sebutan semula kes itu untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan bagi kes itu dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full.

Dalam kejadian itu, mangsa yang ingin mengunci pintu pagar tadika dikejutkan dengan kehadiran sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang seorang lelaki tidak dikenali.

Artikel Berkaitan:

Sebaik ternampak mangsa, lelaki terbabit terus memberhentikan motosikalnya lalu membuka zip seluar dan menunjukkan 'anu' kepada mangsa sebelum beredar.

Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus.

Suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Banggol Tuan Muda, Kuala Nerus pada jam 3 pagi, Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN Jurukimpal tunjuk 'anu' pada guru tadika disambung reman

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!