Kebakaran Hospital Papar: Pesakit ditempatkan dalam khemah - Armizan

Khemah sementara didirikan bagi menempatkan pesakit dan kakitangan Hospital Papar yang terjejas akibat kejadian kebakaran di hospital tersebut.
Khemah sementara didirikan bagi menempatkan pesakit dan kakitangan Hospital Papar yang terjejas akibat kejadian kebakaran di hospital tersebut.
A
A
A

PAPAR - Khemah sementara didirikan bagi menempatkan pesakit dan kakitangan yang terkesan dalam kebakaran yang berlaku di Hospital Papar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keperluan seperti makanan dan minuman untuk kakitangan serta pesakit juga disediakan.

Armizan yang Ahli Parlimen Papar berkata, beliau menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 7.10 malam Isnin.

"Saya dikhabarkan dengan insiden kebakaran yang berlaku di stor perubatan farmasi Hospital Papar.

"Sejurus mendapat maklumat, saya terus menugaskan kakitangan Parlimen Papar untuk bergegas turun padang membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

"Buat masa ini, khemah-khemah sementara telah didirikan untuk menempatkan pesakit-pesakit dan kakitangan hospital yang terkesan dan makanan dan minuman juga diberikan," katanya dalam kenyataan pada tengah malam Selasa.

Keadaan sekitar pekarangan Hospital Papar selepas berlaku kebakaran melibatkan stor farmasi hospital sekitar jam 7 malam Isnin.
Keadaan sekitar pekarangan Hospital Papar selepas berlaku kebakaran melibatkan stor farmasi hospital sekitar jam 7 malam Isnin.

Katanya lagi, pihak bomba telah berjaya memadamkan api setakat jam 11 malam Isnin.

Artikel Berkaitan:

"Punca kebakaran akan disiasat dan diteliti. Syukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan para pesakit terkesan juga sudah dipindahkan ke wad lain.

"Bermula esok juga, untuk sementara waktu ini, Pejabat Parlimen Papar akan membantu untuk membekalkan makanan dan minuman sehingga pihak Hospital dapat menyediakan makanan melalui pihak pembekal luar kepada pesakit memandangkan dapur penyediaan makanan hospital turut terjejas dalam kebakaran ini," katanya.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan, kakitangan Hospital Papar bertungkus-lumus mengeluarkan pesakit di wad selepas stor farmasi hospital tersebut terbakar dalam kejadian sekitar jam 7 malam Isnin.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu segera digerakkan ke lokasi yang terletak sejauh empat kilometer.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!