Laku selepas cerai sampai terlupa masih dalam idah

Tidaklah dilarang untuk wanita dalam idah tampil bergaya cantik, kemas dan sopan namun perlulah menjaga adab-adabnya. Foto hiasan
Tidaklah dilarang untuk wanita dalam idah tampil bergaya cantik, kemas dan sopan namun perlulah menjaga adab-adabnya. Foto hiasan
A
A
A

KEBELAKANGAN ini, semakin ramai pula artis yang bercerai.

Dalam kalangan mereka, ada yang semakin laku dan laris di pasaran terutamanya wanita.

Merak Jalanan tidaklah mahu mengulas mengenai panjang pendek jodoh mereka itu kerana ia adalah urusan Tuhan.

Namun semacam menjadi trend pula dalam kalangan artis yang bertambah job selepas berpisah dengan pasangan.

Dari satu segi, baguslah untuk kelangsungan dan rezeki artis tersebut.

Bagaimanapun Merak Jalanan terfikir, bukankah mereka yang wanita ini masih dalam idah?

Apakah alasan kerja digunakan boleh menghalalkan perbuatan mereka?

Merak Jalanan merujuk kepada artikel Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai panduan idah.

Artikel Berkaitan:

Menurut kesimpulannya, wanita yang sedang berada dalam tempoh idah wajib menetap di dalam rumah perkahwinan mereka.

Sekiranya terdapat keperluan mendesak, dia boleh keluar dari rumah tersebut bagi memenuhi keperluan.

Tapi bagi wanita yang ditalak raj’i, dia wajib mendapatkan keizinan bekas suami jika tujuan keluarnya tidak mencapai tahap kemudaratan terhadap nyawa dan hartanya.

Ini kerana, suami yang menjatuhkan talak itu masih berkewajipan menanggung nafkah hidup isteri yang ditalak tanpa membebankan isteri untuk keluar mencari pendapatan tambahan selama dalam tempoh idah itu.

Menurut pejabat mufti itu lagi, tidaklah dilarang untuk wanita dalam idah tampil bergaya cantik, kemas dan sopan namun perlulah menjaga adab-adabnya.

Merak Jalanan terfikir, jika sudah berpakaian tidak tutup aurat seperti layaknya orang yang kesedihan selepas diceraikan, menyanyi dan berjoget di atas pentas yang ditonton khalayak ramai pula, apakah dia menjaga adab-adab dalam idah?

Tidak takutkan kepada dosa apabila melanggar larangan agama?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!