3,000 pengunjung serbu jualan Kasih KEDA Madani

Orang ramai mendapatkan barangan yang ditawarkan sempena Jualan Kasih KEDA Madani di Singkir Badong, Yan pada Isnin.
Orang ramai mendapatkan barangan yang ditawarkan sempena Jualan Kasih KEDA Madani di Singkir Badong, Yan pada Isnin.
A
A
A

YAN - Sebanyak 53 barangan ditawarkan pada harga diskaun sehingga 30 peratus membolehkan Jualan Kasih Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Madani di Singkir Badong diserbu kira-kira 3,000 pengunjung dalam masa tiga jam.

Pengerusi KEDA, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, antara yang mendapat perhatian ialah jualan ‘happy hour’ melibatkan ayam mentah seekor, minyak masak sepeket dan gula masing-masing satu kilogram yang dijual pada harga RM10.

Orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkan barangan jualan pada harga murah sempena Jualan Kasih KEDA Madani di Singkir Badong pada Isnin.
Orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkan barangan jualan pada harga murah sempena Jualan Kasih KEDA Madani di Singkir Badong pada Isnin.



“KEDA melalui Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) telah menganjurkan Program Jelajah Jualan Kasih KEDA Madani 2024.

“Ia adalah rentetan sambutan baik dan luar biasa dari penganjuran sama di Sik pada 30 September lalu di Pejabat KEDA Zon 4, Sik. Sebelum itu kita buat jualan sama di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Alor Setar dan ini merupakan penganjuran ketiga,” katanya kepada media pada Isnin.

Beras tempatan antara yang menjadi tumpuan orang ramai beratur bagi mendapatkan bekalan keperluan itu sempena Jualan Kasih KEDA Madani.
Beras tempatan antara yang menjadi tumpuan orang ramai beratur bagi mendapatkan bekalan keperluan itu sempena Jualan Kasih KEDA Madani.



Menurutnya, selepas ini, jualan sama akan dilaksanakan di Daerah Kubang Pasu hujung November nanti.

Jelasnya, KEDA memperuntukkan sebanyak RM150,000 bagi penganjuran Jualan Kasih KEDA Madani Tahun 2024.

Jamil Khir berkata, jualan dibuat bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dengan jualan barangan keperluan rumah dengan harga potongan hampir 30 peratus.

Artikel Berkaitan:

Jamil Khir (dua dari kiri) melawat Jualan Kasih KEDA Madani di Singkir Badong pada Isnin.
Jamil Khir (dua dari kiri) melawat Jualan Kasih KEDA Madani di Singkir Badong pada Isnin.



“Keistimewaan jualan kali ini apabila KEDA bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Kedah menjual 53 barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, hasil laut, daging segar dan barangan kering keluaran Agromas.

“Turut dibuka jualan 20 produk usahawan KEDA tempatan seperti kuih tradisional, pencuci mulut dan barangan sejuk beku,” katanya.

Jamil Khir (kanan) melancarkan Jualan Kasih KEDA Madani di Singkir Badong pada Isnin.
Jamil Khir (kanan) melancarkan Jualan Kasih KEDA Madani di Singkir Badong pada Isnin.



Sementara itu, ibu tunggal, Sharifah Hashim, 62, dari Desa KEDA Singkir Badong berkata, tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan murah yang dijual dekat dengan rumah.

“Saya sempat membeli pelbagai barang antaranya beras, ayam, telur dan daging. Harga barangan di sini sangat murah berbanding di luar, mungkin mencapai harga RM250.

“Tengok semua nak beli, sebab murah,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!