Volkswagen Kombi tak dapat, jurutera rugi RM146,000

Impian seorang jurutera untuk memiliki empat Volkswagen Kombi tidak kesampaian apabila menjadi mangsa penipuan pembelian secara dalam. (Gambar kecil: Yahaya) Gambar hiasan
Impian seorang jurutera untuk memiliki empat Volkswagen Kombi tidak kesampaian apabila menjadi mangsa penipuan pembelian secara dalam. (Gambar kecil: Yahaya) Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Impian seorang jurutera untuk memiliki empat van Volkswagen Kombi tidak kesampaian malah kerugian RM146,000 apabila menjadi mangsa penipuan pembelian secara dalam.

Kejadian bermula pada 4 November lalu, apabila mangsa berusia 38 tahun melihat iklan penjualan kenderaan berjenama Volkswagen Kombi di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa daripada daerah ini telah berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp selepas berminat untuk membeli kenderaan tersebut.

"Selepas bersetuju, mangsa membuat 15 kali transaksi ke dalam empat akaun bank berbeza yang diberikan suspek dan pembayaran itu dibuat menggunakan wang simpanannya.

"Selesai membuat pembayaran, suspek memaklumkan mereka tidak perlu berjumpa untuk mengambil kenderaan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, susulan itu, mangsa mula menyedari dirinya ditipu dan tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan penjualan tawaran murah.

Tegasnya, masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https:// semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!