Video tuduh ADUN rasuah: 'Siasat juga pemberi rasuah'

Hajiji
Hajiji
A
A
A

PAPAR - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta supaya pemberi rasuah turut disiasat berhubung dakwaan skandal rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini.

Hajiji berkata, siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa juga perlu menjurus kepada pemberi rasuah kerana sudah tentu pihak tersebut mempunyai niat yang tidak baik untuk mendapatkan sesuatu daripada kerajaan.

"Ini kita minta pihak berkuasa menyiasat, kita akan bagi kerjasama tetapi siasat juga yang pemberi rasuah.

"Itu pemberi rasuah mempunyai niat yang tidak baik untuk mendapatkan sesuatu daripada kerajaan, apabila tidak dapat inilah keluar.

"Jadi bagi saya untuk lebih adil, tangkap dia dulu, siasat dia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-15 Kimanis Power Sdn Bhd di Stesen Janakuasa Kimanis di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagaimanapun berkata, kerajaan tidak terjejas berjalan seperti biasa dan menganggap ia hanya sekadar tuduhan.

"Saya tiada apa-apa, (kerajaan) memang okay. Kita kerajaan masih berjalan dengan baik.

"Itu cuma tuduhan, laporlah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kita tiada apa-apa yang mahu disembunyikan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Sinar Harian pada Isnin melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob menyerahkan kepada pihak SPRM menyiasat dakwaan beliau terlibat dalam skandal rasuah tersebut.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad menganggap ada pihak mengambil kesempatan dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) selepas suara salah seorang individu dalam perbualan rakaman video didakwa adalah miliknya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!